Gelagat Gadis Menari Atas Motor Buat Netizen Terhibur

Trending

Gelagat Gadis Menari Atas Motor Buat Netizen Terhibur

Seperti yang kita tahu, aplikasi TikTok merupakan salah satu platform media sosial yang kian menjadi trend zaman kini dan boleh dikatakan kebanyakan individu dalam kalangan kita yang mempunyai aplikasi ini. Bukan setakat untuk melihat orang menari sahaja ya.

Aplikasi ini semakin menjadi pilihan ramai sebagai medium untuk berkongsi pelbagai jenis video dan menyerlahkan bakat serta kreativiti masing-masing.

Advertisement

3 years ago

Ramai Terhibur Lihat Gelagat Lelaki Masak Untuk Pasangan Ini

Pelbagai jenis content-content yang dikongsikan oleh pengguna aplikasi TikTok ini yang mampu menjadi hiburan bagi pengguna yang lain.

Bukan sahaja content menari mahupun menyanyi, ramai juga yang menjadikan aplikasi ini sebagai platform untuk menyerlahkan bakat lakonan mereka.

Gadis tidak sedar diri dirakam, seronok menari atas motor

Tular baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan gelagat seorang gadis sedang seronok menari di atas motor.

Dalam perkongsian video tersebut, seorang lelaki yang merupakan pengguna media sosial itu telah berkongsi situasi lucu ketika dia sedang berada di dalam kereta untuk menuju ke satu tempat.

Apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut terhibur adalah apabila dia kemudiannya ternampak seorang gadis yang membonceng motorsikal sedang melakukan tarian.

Situasi itu membuatkan lelaki tersebut tergelak kerana gadis itu dilihat begitu seronok dan sangat menghayati tariannya di atas motor itu.

“Bukan apa, dia tengah practice tu. Balik nanti nak buat video tiktok”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 293. 9 ribu tontonan, 27.8 ribu tanda like dan 3 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat gadis tersebut menari.

Gadis menari atas motor

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Gadis menari atas motor

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan gadis tersebut sedang berlatih menari di atas motor itu kerana dia ingin merakam video tariannya di TikTok apabila tiba di rumah.

Lebih melucukan, gadis tersebut juga dilihat memberikan komen dalam perkongsian video itu dan mengatakan dia memang jenis yang tidak boleh duduk diam bila berada di atas motor. Lucu betul lah awak ni.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...