Gelagat pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad yang membawa bekas makanan kosong untuk membawa balik lebihan makanan di program Wanita Hari Ini (WHI) membuatkan ramai terhibur.
Menerusi Threads, selebriti berusia 46 tahun itu telah berkongsi video yang memaparkan dirinya sampai di set shooting dengan membawa bekas makanan berwarna warni.
Bukan itu sahaja, Fahrin juga dilihat begitu berselera menikmati beberapa jenis makanan yang dihidangkan ketika penggambaran termasuklah buah durian.
Video tersebut asalnya dimuat naik oleh akaun Instagram WHI dan dikongsikan semula oleh Fahrin di akaun Threads selain turut meninggalkan komen.
View on Threads
Nampak happy bawa tupperware
Menjengah ruangan komen ramai terhibur dengan tindakan Fahrin membawa bekal dan gelagatnya yang berselera menikmati makanan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Dalam pada itu, ramai menegur riak wajah teruja Fahrin ketika tiba di set penggambaran di mana dia begitu riang dan seronok dapat bawa pulang lebihan makanan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.