Gelagat Dua Gadis Beli Mentol Lampu Buat Ramai Terhibur

Trending

Gelagat Dua Gadis Beli Mentol Lampu Buat Ramai Terhibur

Memandangkan kita masih lagi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan disyorkan untuk stay at home, pastinya banyak barang keperluan rumah yang rosak dan perlu digantikan dengan yang baru termasuklah mentol lampu, suis plug dan sebagainya.

Lebih memudahkan kita apabila banyak premis perniagaan seperti kedai elektrik sudah dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa sekarang ini namun perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Advertisement

4 years ago

Tips Ringkas Untuk Menjimatkan Penggunaan Elektrik Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Seperti yang kita tahu, kebiasaannya perkara yang melibatkan perkakas elektrik atau barangan keperluan rumah ini adalah menjadi kepakaran orang lelaki tetapi ramai juga golongan wanita yang arif dalam perkara sebegini sekarang.

Dua orang gadis keluar membeli mentol lampu di kedai telah mencuri tumpuan ramai

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna yang memaparkan gelagat dua orang gadis ketika sedang membeli mentol lampu di kedai.


Dalam perkongsian video tersebut, kedua-dua gadis itu dilihat sedang memilih mentol lampu untuk mereka beli. Mereka kemudiannya melihat gambar mentol lampu asal yang rosak di dalam telefon untuk memastikan mereka membeli saiz yang betul.

Apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila mereka dilihat mengukur saiz kedua-dua mentol itu menggunakan jari untuk kepastian.

Lebih melucukan adalah bukan setakat ukur menggunakan jari, mereka juga turut mengeluarkan mentol baru yang ingin dibeli itu dari kotak dan membandingkan dengan gambar mentol di dalam telefon. Unik betul cara ukuran mereka ni ya.

“PKP lama sangat lah ni, tu yang terlebih pandai”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 742.2 ribu tontonan, 47.6 ribu tanda like dan 2.8 ribu komen. Rata-rata netizen merasa terhibur melihat cara gadis tersebut mengukur saiz mentol lampu yang ingin mereka beli.

Gadis beli mentol lampu

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Gadis beli mentol lampu

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan jika saiz mentol mereka beli itu salah, bukan mereka yang salah kerana perempuan tidak pernah salah.

Lebih melucukan, terdapat juga komen yang mengatakan mereka boleh zoom in dan zoom out gambar di dalam telefon itu jika saiz mentol itu tidak sama.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...