Gelagat Ahli Parlimen Mempersendakan Syed Saddiq Mendapat Kritikan Netizen

Trending

Gelagat Ahli Parlimen Mempersendakan Syed Saddiq Mendapat Kritikan Netizen

Hari ini telah berlangsungnya Sidang Dewan Rakyat dikendalikan Yang Dipertua dewan, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof bermula jam 10 pagi tadi. Antara usul yang hangat dibincangkan pada hari ini, Perdana Menteri mengusulkan supaya Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff mengosongkan jawatannya.

Sidang Dewan Rakyat kali ini turut mendapat perhatian ramai di atas isu layanan yang diberikan kepada Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen Muar. Rata-rata netizen di media sosial tidak berpuas hati melihat usul yang dikemukakan ahli parlimen muda itu dipandang remeh oleh segelintir Ahli Dewan yang lebih tua.

Advertisement

“Kau tengok lah bila orang muda nak berbahas betul-betul. Syed Saddiq kena ejek, buat lawak bodo, kena perli dengan orang-orang tua yang jadi ahli Dewan.”

Sehinggakan kata kunci “Syed Saddiq’ trending di laman Twitter selain kata kunci “Dewan Rakyat” dan “Parlimen Malaysia”. Di dalam video daripada Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini, Syed Saddiq dilihat cuba untuk menyampaikan hujahnya tetapi tidak dihormati oleh ahli yang lain.

twitter

Di sebalik kekecohan yang timbul, sikap profesional yang ditunjukkan Ahli Parlimen Muar ini turut menerima pujian daripada netizen. Untuk makluman, Sidang Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos depan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...