Hari ini telah berlangsungnya Sidang Dewan Rakyat dikendalikan Yang Dipertua dewan, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof bermula jam 10 pagi tadi. Antara usul yang hangat dibincangkan pada hari ini, Perdana Menteri mengusulkan supaya Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff mengosongkan jawatannya.
Sidang Dewan Rakyat kali ini turut mendapat perhatian ramai di atas isu layanan yang diberikan kepada Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen Muar. Rata-rata netizen di media sosial tidak berpuas hati melihat usul yang dikemukakan ahli parlimen muda itu dipandang remeh oleh segelintir Ahli Dewan yang lebih tua.
“Kau tengok lah bila orang muda nak berbahas betul-betul. Syed Saddiq kena ejek, buat lawak bodo, kena perli dengan orang-orang tua yang jadi ahli Dewan.”
Kau tengok lah bila orang muda nak berbahas betul-betul. @SyedSaddiq kena ejek, buat lawak bodo, kena perli dengan orang-orang tua yang jadi ahli Dewan.
Apa masalah orang-orang tua ni tak boleh bahas betul-betul ni? Gaji mahal rakyat bayar ni.
Bagi orang muda jaga negara la. pic.twitter.com/lAv8NDqf1P
— luq (@luqmanlong) July 13, 2020
Sehinggakan kata kunci “Syed Saddiq’ trending di laman Twitter selain kata kunci “Dewan Rakyat” dan “Parlimen Malaysia”. Di dalam video daripada Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini, Syed Saddiq dilihat cuba untuk menyampaikan hujahnya tetapi tidak dihormati oleh ahli yang lain.
I think we ALL deserve to be mad at this, bcs they’re carrying a huge responsibility for the country and yet they’re behaving WORSE than school kids during an in-class debate session ??? how is this happening ???
— red (@tunsrigrande) July 13, 2020
Rasa malu dgn parlimen mcm ni. All they need to do is to act professional and respect each other. Menyampahlah tgok yg sibuk ejek tu mcm budak budak, tak sesuai langsung dgn umur.
— balbal (@blqsmhmd) July 13, 2020
Syabas @SyedSaddiq, jangan dihirau perangai segelintir “orang tua” yang tiada adab bila berbahas. Buktikan bahawa suara anak muda terus didengari di Dewan Rakyat.
Sudah masanya suara anak muda pula didengari.
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) July 13, 2020
The way Syed Saddiq was mocked & belittled in the parliament is a proof of how the views and opinions of the youth are often left unheard and neglected by the boomer generation. Let the youth take over and carry Malaysia to a better place.
— Wan Afifi Zawawie (@afifizawawie) July 13, 2020
Di sebalik kekecohan yang timbul, sikap profesional yang ditunjukkan Ahli Parlimen Muar ini turut menerima pujian daripada netizen. Untuk makluman, Sidang Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos depan.