“Gejala Penderaan Seksual Kanak-kanak Memang Serius Di Negara Ini”

Trending

“Gejala Penderaan Seksual Kanak-kanak Memang Serius Di Negara Ini”

Gejala serangan seksual terhadap kanak-kanak telah lama berlaku dalam masyarakat negara ini namun kesedaran mengenainya boleh dikatakan baru meledak.

Di negara ini, kesedaran mengenai pedofilia mulai timbul apabila seorang rakyat Britain, Richard Huckle didedahkan telah memangsakan ramai kanak-kanak Malaysia. Huckle didapati telah mencabul dan merogol kanak-kanak dari latar belakang keluarga miskin di negara ini selama hampir sedekad dan kegiatannya hanya disedari oleh Polis Australia yang bekerjasama dengan Polis Britain untuk membawa Huckle ke muka pengadilan.

Advertisement

Selepas itu, barulah Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak 2017 dikuatkuasakan.

Seorang pengguna Twitter, @AkmalKomal memberitahu, salah seorang rakannya merupakan seorang pegawia polis yang ditugaskan di Bahagian Jenayah Seksual Kanak-kanak. Rakannya itu telah bercerita mengenai tahap keseriusan jenayah seksual yang membabitkan kanak-kanak di negara ini.

Dia dulu polis bahagian jenayah seksual, lepas tu dalam tahun ni ke, tahun lepas entah. Polis buat bahagian baru, Bahagian Jenayah Seksual Kanak-kanak dan dia kena pergi bahagian tu.

Dia cakap, kerja dia memang gila. Tiap pagi dia kena menghadap kemaluan budak-budak dalam komputer sebab banyak gila kes pedofil di Malaysia.

“Kes cikgu praktikal di sebuah sekolah Pantai Timur.”

Dia ada cerita baru-baru ni ada satu kes kat satu sekolah Pantai Timur, cikgu praktikal paksa budak-budak hisap kemaluan.

Satu hari, cikgu tu pergi suruh anak pengetua yang berumur tahun hisap kemaluan dia. Memang budak tu pergi beritahu bapa dia la.

Dan pengetua tu pergi buat laporan polis tapi yang silapnya…yang silapnya pengetua tu minta rahsiakan benda ni sebab nak jaga nama sekolah.

****** punya pengetua, dah kes macam ni pun nak jaga nama sekolah.

Kawan aku cakap dia dapat orang macam cikgu pedofil tu memang makan habuan la dalam lokap dengan dia.

“Dekat Sekolah Tahfiz pun ada kes.”

Lepas tu dia cerita lagi, satu sekolah tahfiz.

Memang real weyy ada ustaz tahfiz yang dok ayat budak-budak ajak main..celaka!!

Lepas tu bukan ustaz tahfiz ja, tok sami kat Batu Caves pun ada kes.

Hari-hari tok sami tu akan hisap kemaluan budak-budak. Bila kantoi dia cakap tu sebenarnya latihan nak tengok kemaluan budak-budak tu kuat ke tak. Dan ini pun ada masalah juga.

Masalah tentang tok sami pula,ibu bapa budak-budak ni yang percaya kata-kata sami ni, dan tak mahu buat laporan apa-apa.

“Ramai budak bawah umur tawar khidmat seks.”

Kemudian dia cakap banyak juga kes dekat rumah pengasuh…banyak lagi ah dia cerita tapi sebelum balik dia sempat pesan.

Dia pesan, kalau main WeChat ke, Beetalk ke, kalau ada orang tawarkan khidmat seks berbayar please jangan ambil sebab banyak dalam tu budak-budak yang masih bawah umur.

Mereka suka tipu umur dan bila minta kad pengenalan mereka akan cakap tak bawala, apa la…so hati-hati ya gais… #done

Memang mencabar membesarkan anak-anak pada zaman sekarang. Diharap para ibu bapa lebih peka pada perkembangan semasa terutamanya pada masa kini, di mana pemangsa sentiasa mencari kanak-kanak untuk dimangsakan.

Untuk makluman anda, sehingga Oktober 2016, 12,025 kes penderaan seksual kanak-kanak telah dilaporkan. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...