Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihak mereka masih menyiasat punca insiden bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di sekitar Ipoh, Perak pada Isnin lalu.
Kekal misteri sehingga kini, TS Razarudin memberitahu pihak mereka masih belum mengenal pasti punca letupan yang menggemparkan penduduk negeri itu.
Menurut beliau lagi, terdapat maklumat baru mengatakan gegaran tersebut dirasai dan didengari penduduk di Kuala Kangsar, Gopeng, dan juga Gerik, Perak.
Sejak kejadian itu berlaku, pemeriksaan sudah dilakukan dengan pelbagai syarikat dan agensi untuk menentukan punca bunyi itu.
Semakan juga dibuat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).
Memetik Harian Metro, Polis Perak juga memaklumkan bahawa mereka sudah memeriksa dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta dan mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari itu.
@astronews1 Satu gegaran kuat dirasai di beberapa kawasan di sekitar Ipoh sekitar jam 11 pagi tadi. Gegaran yang disusuli bunyi dentuman itu berlaku dalam tempoh beberapa saat hingga mengakibatkan orang ramai terkejut dan cemas. Setakat ini tiada kenyataan daripada pihak berkuasa. #Ipoh #AstroRadioNews
Semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga mendapati tiada letupan yang dijalankan di kuari sebelum jam 12 tengah hari.
Beri polis masa untuk menjalankan siasatan dan akan memaklumkan kepada media apabila memperoleh penemuan muktamad.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan orang awam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.