Gegaran di KL? Langkah Keselamatan Ini Mungkin Penyelamat Anda Ketika Gempa Bumi

Kehidupan

Gegaran di KL? Langkah Keselamatan Ini Mungkin Penyelamat Anda Ketika Gempa Bumi

Baru-baru ini gempar satu kejadian gempa bumi berskala kecil dilaporkan telah berlaku di Bukit Tinggi, Indonesia yang di mana kesan gegarannya turut dirasai oleh penduduk di Malaysia.

Kawasan yang mengalami kesan gempa bumi itu dilaporkan di sekitar Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor. Berikutan itu, orang ramai telah berkongsi pengalaman cemas mereka sewaktu merasai gegaran tersebut.

Advertisement

Jadi, apa sebenarnya yang harus dilakukan ketika gempa bumi berlaku? Ini kami kongsikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan bahaya terhadap gempa bumi seperti yang disediakan oleh MetMalaysia.

gempa

Semasa Gempa Bumi

Jika anda berada di dalam bangunan:

  1. Berlindung di bawah meja yang kukuh.
  2. Jauhkan diri dari tingkap, rak buku, cermin, dan objek berat yang boleh menggelongsor atau terjatuh.
  3. Lindungi kepala dan muka dari serpihan runtuhan dan kaca.
  4. Jangan menggunakan lilin, mancis atau sebarang bahan punca api yang lain.
  5. Jangan keluar secara tergesa-gesa.
  6. Jangan gunakan lif.
  7. Terus kekal berada di dalam bangunan di tingkat yang sama.

Jika anda berada di luar bangunan:

  1. Bergerak ke kawasan terbuka.
  2. Jauhi diri dari talian kuasa, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu.
  3. Jauhkan diri dari serpihan yang jatuh.
  4. Terus kekal berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

Jika anda di berada dalam kereta yang bergerak:

  1. Berhentikan kereta dengan segera di kawasan yang dirasakan selamat.
  2. Jangan berhenti di atas atau bawah jambatan atau lingkaran atau rentangan kabel elektrik.
  3. Terus kekal berada di dalam kereta hingga gegaran berhenti.

Selepas Gempa Bumi

  1. Dengar radio atau televisyen untuk mendapatkan maklumat kecemasan terkini.
  2. Bersedia sekiranya berlaku “gegaran susulan”.
  3. Periksa kecederaan. Beri bantuan kecemasan apabila diperlukan.
  4. Padamkan api dengan segera jika ada berlaku kebakaran.
  5. Jangan nyalakan mancis atau api. Gunakan lampu suluh.
  6. Jangan sentuh wayar elektrik.
  7. Jangan gunakan telefon kecuali untuk membuat panggilan kecemasan.
  8. Keluar dari bangunan yang rosak teruk. Gegaran susulan boleh merobohkannya.
  9. Bekerjasama dengan pihak keselamatan awam.
  10. Tenangkan kanak-kanak yang mungkin mengalami trauma psikologi akibat gempa bumi.

Semoga langkah-langkah ini dapat membantu anda sewaktu kejadian gempa bumi berlaku dan terselamat dari sebarang bencana alam.

Gempa bumi di malaysia
2 years ago

"Ingat Pening, Bangunan Bergegar"- Gempa Bumi Berskala Kecil Dilaporkan Berlaku Di Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...