November 21st, 2016

Harapan penyanyi Zur Eda untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Gegar Vaganza 3 tidak tercapai apabila beliau telah tersingkir pada konsert ke 6 program tersebut yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam semalam.

Untuk pengetahuan semua, pada awalnya Gmie juga turut berada di “bottom two” tetapi terselamat daripada penyingkiran kerana mendapat imuniti daripada Dato Seri Vida.

Zur Eda menyampaikan lagu berjudul Ah Rindu Lagi nyanyian asal Amelina manakala Gmie pula mendapat pujian ketika menyanyikan lagu Titian Perjalanan oleh XPDC.

Kini ada tujuh orang peserta yang layak bertanding di peringkat separuh akhir iaitu Zarul Umbrella, Azharina, Ameng , Nora, Intan Sarafina, Zarul, Gmie dan Siti Sarah.

Walaupun “gegaran” Zur Eda sudah terhenti tetapi kami percaya selepas ini ada lagi peluang besar untuk beliau terus aktif dalam bidang nyanyian. Jangan putus asa, inshaAllah rezeki itu ada dimana-mana.

Sumber Berita : Utusan Online

Kredit Foto : Sharp Shooter Photographer


Comments are closed.

Loading...