Gegar Vaganza 2: Persembahan Siti Nordiana Dan Lan Kristal Buat Penonton Rasa Terpukau

Hiburan

Gegar Vaganza 2: Persembahan Siti Nordiana Dan Lan Kristal Buat Penonton Rasa Terpukau

Gegar Vaganza Musim ke 2 pada tahun ini nyata mendapat reaksi yang sangat positif daripada penonton, kata mereka artis yang menyertai program realiti  tersebut kali ini mempunyai kualitinya tersendiri dan tidak membosankan.

Advertisement

Terbaru, persembahan Siti Nordiana bersama Lan Kristal menerusi lagu Memori Berkasih telah berjaya memukau penonton pada konsert  keempat minggu lalu yang bertemakan Berdua Lebih Baik.

Kami lihat hampir semua fanpage di Facebook memuat naik persembahan mereka dan ia mendapat sambutan yang cukup hangat dan masih lagi viral sehingga ke hari ini.

Nana ft Lan Kristal – Memori BerkasihAksi Nana dan Lan Kristal di pentas Gegar Vaganva semalam nyanyi lagu Memori Berkasih.. Terbaik! Abam nak masuk line..hahaha**Teringat Arwah Achik Spin

Posted by Siakap Keli on Sunday, November 8, 2015

Ada juga yang mengalirkan air mata apabila terkenangkan kenangan lama dimana Siti Nordiana pada asalnya menyanyikan lagu tersebut bersama Allahyarham Achik Spin.

Memori Berkasih tidak dapat dinafikan antara lagu yang sehingga kini masih lagi menjadi siulan ramai. Nyata, aura serta bait didalam lagu tersebut dapat menyentuh setiap hati yang mendengarnya.Meskipun sudah lama tidak tampil di atas pentas, Siti Nordiana masih mampu memberikan persembahan yang cukup memukau. Tahniah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...