October 19th, 2015

Semalam telah pun berlangsung konsert pertama Gegar Vaganza 2. Pergh!!! Memang feeling habis. Dengan tema ‘Kembali Menyengat’, para penonton dibawa kembali mengimbau memori silam apabila kesemua peserta Gegar Vaganza 2 menyanyikan lagu-lagu hit mereka. Antaranya Amir U’kays dengan ‘Di Sana Menanti Di Sini Menunggu’, Ezyln ‘Hai Hai Bye Bye’, Nizam Laksamana ‘Gugurnya Bunga Cinta’ dan banyak lagi. Hampir setiap lagu Abang Nara pun turut sama menyanyi.

gegar vaganza

Walaupun baru minggu pertama, para pengikut Gegar Vaganza 2 sudah mula memilih penyanyi kegemaran dan penyanyi yang mereka mahu singkirkan. Berdasarkan reaksi di laman sosial, ramai yang memilih Faradhiya, Zul HandyBlack dan Haiza sebagai peserta pilihan. Namun kelibat Ezyln yang agak over confident dan berpakaian tidak sesuai membuatkan ramai yang berharap agar penyanyi itu disingkirkan secepat mungkin. Ada juga yang mempertikaikan pemilihan lagu untuk Faradhiya kerana terpaksa menyanyikan lagu Di Alam Fana Cinta. Itu adalah antara beberapa kontroversi awal Gegar Vaganza 2.

gegar vaganza

Semalam menyaksikan tiada penyingkiran terjadi. Jika ada, Achong Sweetchild akan menjadi peserta pertama tersingkir. Namun macam biasalah orang kata minggu pertama adalah untuk panaskan badan. Jadi kesemua 12 peserta akan terus berentap minggu hadapan. Apa pun, Abang Nara nak ucapkan tahniah kepada Nabil dan Jihan kerana berjaya mengacara dengan begitu hebat sekali. Abang Nara rasa anda berdua adalah gabungan pengacara paling sempoi dan hebat di Malaysia buat tahun ini. Semoga terus mengekalkan mutu pengacaraan sebegini. Semoga berjaya buat kesemua peserta Gegar Vaganza 2. Kita jumpa minggu hadapan.


Comments are closed.

Loading...