Tular sebelum ini mengenai seorang selebriti wanita berkulit ‘gebu’ sedang dipantau oleh pihak berkuasa gara-gara ada terlibat dalam kegiatan penggubahan wang haram selain sering menayang kehidupan mewah di media sosial.
Berikutan itu, netizen mula berspekulasi tentang siapakah selebriti tersebut dan antara nama yang ‘dipetik’ itu adalah pelakon Ruhainies.
Ditemui media baru-baru ini, Ruhainies memaklumkan bahawa dia terkejut apabila ada orang yang menghantar mesej kepadanya mengenai isu tersebut.
View this post on Instagram
Gebu ke kita? Sebenarnya ada yang DM saya tanya awak ke sebab orang kata gebulah artislah. Alhamdullilah, bukan saya.
Tambahnya, dia enggan dirnya disalah anggap dan menimbulkan kekeliruan terhadap orang ramai di luar sana.
Sudah tentu saya jawab sebab saya tak nak timbulkan kekeliruan. Bila kita tak jawab, orang akan bersangka betullah kita orangnya.
Jadi saya takut benda tu dan saya pun jawablah sebab tiada apa yang saya nak sembunyikan. Daripada dulu lagi dah lapan tahun dalam industri saya tak pernah tak jawab soalan wartawan. Saya selalu bekerjasama.
Perkembangan terkini, Ruhainiis kini sedang sibuk bekerja dan bersyukur kerana masih relevan dalam industri.
Netizen semuanya hebat-hebat. Kalau mereka siasat mesti dapat. Cubalah siasat, kalau saya ada buat mesti mereka boleh tahu sebab tak boleh lari KL dan Malaysia ini kecil.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.