Umum mengetahui bahawa Palestin tidak berada dalam keadaan yang baik kerana siri letupan dan keganasan yang berlaku di sana sejak berdekad dahulu lagi. Kehidupan penduduk sana yang daif dan fasiliti kesihatan yang sedikit juga menyumbang kepada kesusahan untuk memberikan rawatan yang terbaik.
Kelmarin, diumumkan bahawa Palestin telah mencatatkan dua kes pertama COVID-19 di mana kedua pesakit itu dilaporkan positif selepas kembali dari Pakistan ke Tebing Gaza. Mereka kini dikhabarkan sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital yang terletak di selatan Tebing Gaza.
Pun begitu, kedua kes pertama ini dikenal pasti dalam kumpulan yang pulang ke Tebing Gaza dan mereka tidak ada membuat kontak dengan rakyat lain.
Dalam pada itu, bagi membendung penularan wabak ini, lebih daripada 1,270 individu yang menyeberang sempadan Gaza dari Israel dan Mesir kini sedang melalui proses kuarantin di hospital, hotel dan juga sekolah.
Disebabkan Palestin tidak mempunyai kemudahan kesihatan yang banyak pada masa ini, pihak berkuasa meluahkan rasa risau sekiranya fasiliti dan kakitangan kesihatan yang ada di sana tidak mampu untuk menampung rawatan pesakit sekiranya COVID-19 mencapai tahap yang membimbangkan. Tambahan pula, konflik politik yang wujud sejak berpuluh tahun dahulu mungkin akan menjejaskan proses rawatan pesakit.
Dalam usaha membanteras virus tersebut daripada terus menular, Kementerian Dalam Negeri Hamas mengeluarkan arahan untuk menutup semua dewan majlis perkahwinan dan juga pasar.
Semoga rakyat Palestin dapat mengharungi dugaan ini.