Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Gayakan Baju Sama Dipakai Natasha Hudson, Rizman Ruzaini Dedah Youtuber Pavitra Pernah Minta Bahu Baju Ditutup

Kecoh sebelum ini apabila pelakon Natasha Hudson telah menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini namun dikritik kerana dilihat tidak bersesuaian dengan Natasha yang kini bertudung namun baju gaun putih itu agak terdedah di bahagian bahu.

Natasha Hudson

Advertisement

Walaupun Natasha telah tampil memberitahu peminat bahawa dia memakai ‘lining’ berwarna kulit dan bukanlah terdedah sepenuhnya, namun timbul pula dakwaan daripada Rizman yang menganggap perbuatan tersebut seolah-olah menjatuhkan kredibiliti mereka sebagai pereka fesyen terkenal di Malaysia.

Baru-baru ini, di Instagram, Rizman Ruzaini mendedahkan bahawa gaun tersebut pernah digayakan personaliti Youtube Pavitra yang pernah terkenal pada tahun lepas ketika sesi fotografi majalan online Pepatung.

Yang lebih menarik perhatian, Pavitra telah meminta bahagian bahu yang terdedah itu ditutup mungkin kerana terlalu seksi.

Perkara itu telah dikongsikan oleh pereka fesyen itu dan turut memberitahu bahawa permintaan Pavitra itu telah dipersetujui semua pihak yang terlibat dalam sesi penggambaran foto tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini)

Advertisement

“Ingin berkongsi kisah menari tentang Pavitra. Gaun ini dipinjam untuk sesi fotografi majalah Pepatung dan seorang penata gaya turut juga dibawa untuk memantau sesi tersebut. Malangya, gaun tersebut terlalu terdedah untuk Pavitra (sebelah bahagian bahu terdedah dan hanya ditutupi dengan fabrik tulle yang see-through dan ditambah lipatan berlisu) dan hal ini membuatkan Pavitra kurang selesa. Dia kemudiannya meminta agar bahunya ditutup dengan sempurna.”

Tambah pereka fesyen terkenal itu lagi, meskipun Pavitra bukanlah selebriti terkenal namun pihaknya bertuah kerana dapat bekerjasama dengan seorang individu yang menggayakan rekaan mereka dengan penuh elegan dan ada kelas yang tersendiri.

Terdahulu, Natasha Hudson tampil meminta pereka fesyen tersebut untuk membuat permohonan maaf dan menghormati dirinya sebagai pembeli setelah Rizman Ruzaini memberi respon balas yang baginya berbaur negatif dan peribadi serta berat sebelah kerana beliau bukanlah selebriti gred A.

SUMBER : Instgaram
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. K.nani

    January 11, 2021 at 1:18 pm

    Cantik btul makeup. sape la yg make up pavitra tu. I don give a glance to those yg pakai tutup tempurung kepala mcm tu.

  2. brunes

    January 11, 2021 at 11:21 am

    tau pun kau bukan artist gred A, then act like it! anyhoots memang betul pemikiran duta produk timbang kilo lah natasa hudohson ni. kau yang pakai benda tak elok mengundang kecaman. ada hati demand permohonan maaf. RR pls bagi dia permohonan mahap tapi discount 90% k hewhehwehwhe

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama