Sejak kebelakangan ini, ramai juga yang perasan dan menegur penampilan aktres Fasha Sandha semakin seksi dan agak ‘daring’.
Terbaru, foto Fasha memakai baju renang mengundang kecaman netizen yang menganggap ia terlalu ketat serta menampakkan bentuk badannya terutama sekali pada bahagian yang tidak sepatutnya. Pakaian mencolok mata serta dikatakan menimbulkan keghairahan orang ramai itu sangat tidak sesuai dengan imej beliau sebagai seorang ibu yang sudah beranak dua.
Rata-rata netizen merindui penampilan Fasha yang dahulunya lebih sopan serta anggun. Kata mereka, Fasha sudah mempunyai nama yang kukuh di dalam industri hiburan, tidak perlulah mencari publisiti murahan.
Meskipun menerima kecaman dan ada juga komen lucah pada foto tersebut, Fasha bagaimanapun nampaknya tidak mahu ambil pusing dengan perkara itu.