Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Gayakan Anak Seperti Putera Diraja Britain, Anzalna Sanggup Cari Baju Daripada Koleksi Yang Sama

Anzalna Nasir dan keluarga

Pelakon cantik, Anzalna Nasir kelmarin mendedahkan bahawa dia sangat gemar menggayakan anak sulungnya, Mohamad Eidrees dengan busana yang pernah dipakai oleh Putera George iaitu anak kepada pasangan Diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton.

Anzalna Nasir dan keluargaSumber : Instagram Hanif Zaki  

Menurut Anzalna, dia sememangnya telah lama menyimpan hasrat itu sehinggakan sanggup mencari sendiri di manakah dia boleh membeli koleksi jenama pakaian yang disarung oleh anak sulung kepada pasangan diraja itu.

Advertisement

Tambah pelakon filem Kahwin 5 itu lagi, dia sangat menyukai gaya Putera George dan turut berkongsi gambar permata hatinya itu sedang menyarungkan set pakaian yang sama seperti apa yang dipakai oleh anak Putera Raja dari United Kingdom itu.

“Dulu berangan kalau dapat anak lelaki nak pakaikan dia macam Putera George sebab saya sukakan gayanya! Alhamdullilah dapat juga! Belikan @mohamadeidrees jenama sama seperti Putera George. I Google cari baju ni sampai dapat ok! Gigih!”

Meskipun tidak menyebut jenama apakah yang dibelinya itu, namun difahamkan jenama kedua-dua busana tersebut merupakan daripada koleksi jenama mewah klasik kanak-kanak, Rachel Riley.

Advertisement

Rachel Riley merupakan antara jenama pakaian yang sering digayakan oleh keluarga Diraja Britain dan hasil carian mendapati baju yang dipakai anak lelaki Anzalna itu berharga hampir RM500 bagi setiap set.

Sekadar info, Anzalna telah mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta iaitu Hanif Zaki pada tanggal 21 Februari 2016 yang lalu dan telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Eidrees pada 31 Mei 2019.

SUMBER : Instagram Anzalna Nasir
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    January 23, 2021 at 1:23 pm

    Wau..anzalnani mst kaya giler cm prince william..bagus..kaye gilerpun xshow off..

    • Anonymous

      January 23, 2021 at 2:26 pm

      Haha…komen yg bagus. Buat rumah mcm istana. Lakinya rambut dah makin sikit.

    • nani

      January 23, 2021 at 2:28 pm

      Buat rumah mcm istana pulak. Dah nak botak dah

  2. Anonymous

    January 23, 2021 at 8:22 am

    buat lah rumah mcm istana tempat putera george tinggal pula.
    setakat baju apa kaki semua boleh beli

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top