“Gaya You Bercakap Buat Saya Terasa Hati..” – Azhar Sulaiman Komen Polisi ‘No VIP Walk-In’ Rembayung, Undang Kritikan Netizen

Hiburan

“Gaya You Bercakap Buat Saya Terasa Hati..” – Azhar Sulaiman Komen Polisi ‘No VIP Walk-In’ Rembayung, Undang Kritikan Netizen

Satu isu melibatkan polisi restoran milik Khairulaming, iaitu Rembayung yang tidak menerima pelanggan secara ‘walk-in’ mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila segelintir individu didakwa mempertikaikan keputusan tersebut.

Menerusi satu video yang tular,Khairulaming menjelaskan bahawa polisi tidak menerima walk-in terpakai kepada semua pihak tanpa pengecualian, termasuk ahli politik dan individu berstatus VIP. Penjelasan itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi bercampur daripada warganet.

Advertisement

khairul aming

Sebahagian netizen tampil mempertahankan keputusan pemilik premis, menyifatkan polisi itu sebagai adil dan konsisten, selain menegaskan bahawa memberi keistimewaan kepada mana-mana pihak berprofil tinggi hanya akan mengundang kecaman lebih besar daripada masyarakat.

“Kalau bagi VIP atau ahli politik ‘walk-in’, memang confirm kena boikot lepas ini,” kata seorang pengguna media sosial.

Namun begitu,respon pelakon Azhar Sulaiman menerima kecaman gara-gara dia kurang bersetuju dengan polisi tersebut, malah menafsirkan keputusan tersebut sebagai satu bentuk diskriminasi.

Behar rasa gaya you bercakap dan selection of your word does buat saya terasa hati sikit, mungkin anda boleh cakap dalah versi berbeza.

Pandangan itu kemudiannya dibidas oleh majoriti warganet yang menyifatkan sikap sedemikian sebagai terlalu ‘entitled’, selain menegaskan bahawa setiap perniagaan berhak menetapkan syarat operasi masing-masing.

“Kedai dia, syarat dia. Kalau tak nak ikut, boleh makan di tempat lain,” komen seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bront palarae
2026-01-30 09:50:06

"Over Sangat Kunyah Chewing Gum Tu" - Bront Palarae Mohon Maaf Berkelakuan Tidak Sopan Ketika 'Catwalk' Ariani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...