February 14th, 2020

Majlis ‘baby shower’ dan ‘gender reveal’ sudah menjadi trend untuk bakal-bakal ibu pada masa sekarang menyambut kedatangan bayi dengan gaya barat atau moden. Hampir setiap pasangan selebriti yang bakal menimang cahaya mata akan mengadakan majlis tersebut bagi meraikan kelahiran anak mereka.

izara aishah

Baru-baru ini, pelakon Izara Aishah telah mengadakan majlis ‘baby shower’ yang berlangsung dengan cukup meriah sekali, dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Menerusi foto yang dimuat naik, tidak dinafikan Izara kelihatan berseri-seri dan anggun. Bagaimanapun, fesyen yang digayakannya mendapat kritikan daripada netizen.

“Dah nak jadi mak orang pun tak reti pakai seluar”

gender reveal izara aishah

Mengenakan ‘dress’ berwarna putih yang dipadankan dengan jaket berkotak pada bahagian luarnya, rata-rata netizen berkata pakaian Izara itu tidak sesuai dengan ibu mengandung selain ia kelihatan terlalu seksi.

izara aishah tidak pakai seluar izara aishah gender reveal baby shower izara aishah izara aishah

Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada 17 November 2017 bakal menimang cahaya mata perempuan dan dijangka bersalin pada April nanti.

Kredit Foto : 712 Studios

12 responses to “Gaya Seperti Tidak Pakai Seluar, Netizen Kritik Cara Pemakaian Izara Aishah Di Majlis ‘Baby Shower’”

  1. Hotmama says:

    Aku tak nampak seksi, aku nampak messy hehe
    Biarlah dia nak pakai apa pun, bukannya tunjuk tetek, ketat dekat perut ke. Hampa punnnnn sibuk aihh, young mum, biasalah. Dah dia rasa cute lagu tu

  2. Aida Musa says:

    Bahaya surprise surprise ni, skali datang tak pakei seluor kakaka

  3. Anonymous says:

    Kesian suami ikut tanggung dosa die

  4. Opah says:

    Org di sekelilingnya tu semua kayu ke…fesyen mcm org tak siuman…?

  5. unknown says:

    adoi la izara.. muka dh lawa.. kaya raya.. pakai laa senonoh sikit.. x suruh pon pakai tudung but sopan la sikit.. ni sampai nampak kepala lutut.. awat yg hg terok sgt nih.. ikut la contoh mak mertua tiri hg tu.. maneh ja tgk.. kalah hampa hat muda2 nih

Tinggalkan Komen Anda Di Sini