Seorang pengembara dari Amerika Syarikat yang mengahwini sepupunya terpukau dengan gaun yang dipakai pengantin kerana ia diperbuat khas dari 22 kulit musang dan 80,000 rhinestones dalam acara yang bertemakan Winter Wonderland.
Annie yang berusia 26 tahun berasal dari Roanoke Rapids, North Carolina jatuh cinta dengan sepupunya Josh yang merupakan pengembara Romanichal. Persandingan perkahwinan mereka dirakam oleh rancangan TLC Gypsy Brides US.
“Mengahwini sepupu tidak penting baginya dan itu tidak menjadi masalah bagi saya. Saya tidak dapat menahan kenyataan bahawa saya mencintainya”.
Gaun yang dipakai pengantin perempuan akan bertukar menjadi ‘snow queen’ dan ianya sangat cantik.
Pengantin perempuan sangat teruja dengan penampilannya yang bertatahkan puluhan ribu manik-manik dihiasi 22 kulit musang secara keseluruhannya.
Acara perkahwinan mereka dihiasi dengan tirai putih dan lilin yang menyala di lantai sesuai dengan tema salji yang diminta.
Kedua-dua mempelai akhirnya mengikat ikatan di hadapan keluarga dan rakan-rakan mereka.