Gaun Nasi Lemak Untuk Pertandingan Miss Malaysia Universe Hangat Diperkatakan Netizen

Hiburan

Gaun Nasi Lemak Untuk Pertandingan  Miss Malaysia Universe Hangat Diperkatakan Netizen

Gaun Ratu Cantik Malaysia, Samantha Katie James, yang diinspirasikan dari nasi lemak untuk pertandingan Miss Universe ke-66 menarik perhatian ramai sejak didedahkan beberapa hari lepas.

Dicipta oleh pereka Brian Khoo, makanan nasional yang menjadi kegemaran rakyat ini menampilkan gaun sutera putih yang disulam manik bagi menggambarkan nasi lemak kukus. Ia lengkap dengan daun pisang, sambal tumis, ikan bilis, telur rebus dan hirisan timun.

Advertisement

Ada yang berpendapat gaun seperti itu sangat sesuai untuk perarakan tetapi bukan pertandingan ratu cantik.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Pengarah Pertubuhan Miss Universe Malaysia, Elaine Daly, mempertahankan rekaan itu, Katanya:

Ia satu kostum nasional yang ikonik. Ada yang suka dan ada yang tidak, sama juga seperti tahun lepas apabila kita tampilkan kostum bertema KLCC. Tahun ini, kita menggunakan tema makanan ikonik. Kami sangat sukakannya dan tak sabar nak mempamerkannya.

Menurut Elaine juga, kesenian batik dan songket telah beberapa kali ditampilkan sebelum ini. Ini sebagai menjawab kenyataan pereka Hatta Dolmat, yang mempersoalkan gaun nasi lemak itu kepada umum melalui Instagram dan menyarankan agar elemen songket digunakan untuk memaparkan identiti Malaysia.

Dihubungi The Star semalam, pereka gaun itu, Brian, memberitahu:

Nasi Lemak disukai semua rakyat Malaysia. Sebelum ini, kostum tradisional digunakan tetapi tidak ada yang benar-benar mewakili kesemua rakyat Malaysia.

Netizen memberi pelbagai reaksi, dan ada yang mendakwa gaun itu pasti akan menjadi kostum terbaik untuk sambutan Halloween:


Bagi penulis, ia tidak seteruk yang diperkatakan sesetengah orang, dan mungkin juga ia pemilihan paling selamat untuk mengelakkan perbalahan antara Netizen Indonesia dan Malaysia yang masih belum mencapai persetujuan mengenai isu ‘tuntutan’ budaya kerana ada rakyat Indonesia tidak memahami Indonesia dan Malaysia berkongsi budaya.

Sebelum ini kostum bertema ‘Kuda Kepang’ yang ditampilkan peserta Malaysia untuk pertandingan Miss Grand International 2017 di Vietnam menimbulkan perbalahan netizen dua negara itu. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...