Berpeluang melihat fenomena alam yang unik dan sukar untuk diterima akal adalah pengalaman yang amat bermakna. Siapa sangka, kita boleh melihat satu kawah besar yang masih membara dan tidak pernah padam sejak 46 tahun yang lalu.
Ikuti pengalaman Zainuddin Omar ketika pergi ke Turkmenistan..
Dari jauh ianya kelihatan sebuah kawah berapi sebesar 70 meter dan sedalam 20 meter ditengah Karakum desert saperti dalam filem sains fiction.
Ianya 260km, 3 jam perjalanan dari Ashgabat, Turkmenistan melalui jalan yang tidak elok dan 7 km terakhir melalui laluan padang pasir. Saya ke Derweza melalui perbatasan Uzbekistan berdekatan Khiva dan bandar Dasoguz Turkmenistan sejauh 280 km, 3 jam perjalanan.
Hanya kenderaan 4WD sahaja yang berupaya untuk ke Derweza ini. Di Turkmenistan, Toyota Prado adalah kenderaan 4WD kegemaran berharga USD 35k dan banyak digunakan disini.
Pada tahun 1971 sekumpulan Soviet geologist yang sedang mencari gas di Karakum desert menemui poket gas tetapi drilling rig mereka terbenam kedalam kawah kerana poket gas nya terlalu besar.
Memandangkan lubang tersebut mengeluarkan gas beracun methane mereka membakarnya dan berharap ianya padam dengan sendiri dalam beberapa hari, tetapi 46 tahun sehingga kini ianya masih terbakar.
Orang tempatan memanggilnya ‘The Door to Hell’ dan kawah berapi ini menjadi tarikan pelawat dari serata dunia untuk melihat ‘a glimpse’ bagaimana rupanya neraka.
Apabila dekat dengan kawah berapi saya terasa bahang yang amat kuat dan tidak ada apa apa barrier diletakkan untuk menghalang sesaorang dari jatuh kedalam kawah api.
Pelawat perlu berhati hati kerana ada kemungkinan tebing tanah yang dipijak melurut kebawah kawah dan menjadikan anda instant BBQ. Pada malam hari kelihatan pemandangan suasana yang cantik dengan kawah berapi ini ‘glowing’ ditengah padang pasir yang gelap gelita.
Ada pakej yang menyediakan khemah atau Yut untuk bermalam di Karakum desert dan mereka menyediakan makanan BBQ. Tiada tandas awas dikawasan tersebut dan keadaan sangat dingin diwaktu malam kerana padang pasir.
Seperti padang pasir lain, pelawat mesti berjaga jaga kerana ianya habitat untuk binatang kala jengking dan ular berbisa.
Beberapa tahun lepas, saorang adrenaline junkie berasal dari Canada bernama George Cornelius telah ditaja oleh National Geographic Magazine untuk turun kebawah kawah dengan sut tahan api bertujuan mengambil sampel tanah.
Sampel itu dibawa balik ke Canada untuk kajian dan apa yang menakjubkan mereka menjumpai bakteria yang hidup dibawah tanah kawah api walaupun bakteria itu tidak dijumpai diluar kawasan kawah.
Alhamdulillah semenjak saya pertama kali melihat gambar ‘Gateway to Hell’ 20 tahun lalu didalam majalah National Geographic, akhirnya tercapai juga impian.
Lain lain fenomena saperti Gate of Hell Derweze didalam dunia adalah ditempat berikut:
1. Baba Gurgur oilfield Iraq dilapurkan terbakar semenjak 2,500 tahun lalu.
2. Burning mountain Australia dimana coal deposits masih terbakar sehingga sekarang.
3. Kawasan gas Yanar Dag Azerbaijan terbakar semenjak tahun 50’an sehingga sekarang.
4. An Nar, neraka jahanam yang terbakar semenjak azali menunggu untuk membakar mereka yang berat timbangan kejahatan dari kebaikan. Mereka akan dibakar hidup hidup tanpa rentung saperti bakteria yang dijumpai oleh George Cornelius. Nauzubillah.
#kutuberahak
Derweza Turkmenistan.