Garmin Pay Dilancarkan Secara Rasmi, Jalin Kerjasama Pertama Dengan Public Bank

Teknologi

Garmin Pay Dilancarkan Secara Rasmi, Jalin Kerjasama Pertama Dengan Public Bank

Garmin Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan sokongan untuk pembayaran menggunakan jam tangan pintar Garmin melalui Garmin Pay.

Sebagai langkah pertama, Garmin telah bekerjasama dengan Public Bank sebagai bank pertama yang menyokong ciri ini.

Advertisement

Dengan Garmin Pay, pengguna kini boleh membuat pembayaran dengan mudah di terminal yang menyokong ciri ini hanya dengan menyentuh jam tangan Garmin mereka pada terminal pembayaran.

Ini memudahkan proses pembelian atau pembayaran selepas bersenam, atau semasa menjalankan aktiviti luar, tanpa perlu membawa wang tunai.

Beberapa model jam tangan Garmin menyokong ciri Garmin Pay, termasuk Instinct 3 yang dilancarkan hari ini.

Garmin Pay

Selain itu, model lain yang menyokong Garmin Pay termasuk Forerunner 165 Series, Quatix 7 Pro, Descent Mk3 Series, VivoMove Trend Series dan banyak lagi.

Pengguna Public Bank yang mempunyai kad kredit atau debit Visa dan Mastercard kini boleh menghubungkan kad mereka dengan Garmin Pay Wallet dan menikmati kemudahan pembayaran melalui ciri ini.

Sebagai tambahan, pengguna yang membuat pembayaran menggunakan Garmin Pay dari 21 Januari hingga 30 April 2025 akan berpeluang menerima pulangan tunai sebanyak RM30 setelah membuat tiga transaksi dengan minimum RM80 setiap satu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

azan tv3 ai dikritik
4 days ago

"Sangat Palsu Dan Tiada Jiwa" - Stesen TV Dikecam Hasilkan Video Azan Guna Artificial Intelligence (AI)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...