Garis Panduan Pembukaan Sekolah Akan Mula Diedarkan Esok

Trending

Garis Panduan Pembukaan Sekolah Akan Mula Diedarkan Esok

Teka-teki mengenai pembukaan semula sekolah-sekolah nampaknya bakal terjawab tidak lama sahaja lagi. Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin memberitahu Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah akan diedarkan mulai esok.

Garis panduan berhubung pergerakan pelajar di dalam sekolah bermula daripada setibanya pelajar itu di sekolah hingga mereka pulang telah dihasilkan secara terperinci bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Advertisement

Keutamaan pembukaan sekolah akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

dr noor hisham

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut bersama-sama melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Engku Husain, Semenyih, Selangor semalam. Lawatan persediaan ini menguatkan lagi andaian sekolah akan kembali dibuka semula sejurus tamat PKPB pada 9 Jun ini.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka berdasarkan nasihat daripada KKM dan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia.

dr noor hisham

Di dalam lawatan itu, taklimat diberikan oleh pengetua sekolah mengenai simulasi pengoperasian pengurusan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Buat masa ini, hanya pelajar tingkatan lima dan enam sahaja yang akan kembali ke sekolah sebaik sahaja arahan dikeluarkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...