Garis Panduan Jalankan Ibadah Di Surau Dan Masjid Sudah Dirangka, Ada Harapan Untuk Terawih Berjemaah Tahun Ini

Trending

Garis Panduan Jalankan Ibadah Di Surau Dan Masjid Sudah Dirangka, Ada Harapan Untuk Terawih Berjemaah Tahun Ini

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 Mac lalu, rakyat Malaysia akur dengan arahan segala aktiviti di rumah ibadat adalah dilarang sama sekali. Peraturan yang dikeluarkan ini adalah untuk membendung segala risiko kepada penyebaran wabak COVID-19.

Walau bagaimanapun, pewartaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini telah memberi sedikit ruang kepada rakyat Malaysia untuk mudah bergerak tanpa sekatan yang ketat.

Advertisement

Aktiviti keagamaan di masjid dan surau turut dikhabarkan akan dibenarkan seperti biasa setelah pihak kerajaan meneliti dan berpuas hati dengan garis panduan yang disediakan. Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertanggungjawab untuk menyediakan garis panduan tersebut.

Garis panduan siap dirangka

solat jemaah

Berdasarkan laporan media tempatan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengatakan pihaknya sudah pun menyiapkan garis panduan tersebut. Bahkan, garis panduan tersebut juga telah dibentangkan dalam mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada Khamis lalu.

Garis panduan tersebut disediakan sepenuhnya oleh Unit Penyelidikan Ilmiah JPM (Hal Ehwal Agama) dan Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kerajaan memberi pertimbangan terhadap tahap kesiapsiagaan dan persediaan pihak Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri sebagai badan berautoriti dalam hal ehwal pentadbiran agama.

Pembukaan masjid dan surau dipertimbangkan

masjid

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Zulkifli menjelaskan berkemungkinan masjid dan surau akan dibuka semula dalam waktu terdekat ini. Namun, perkara ini masih didasari dengan garis panduan dan tertakluk kepada keputusan kerajaan. Aktiviti di masjid dan surau masih belum dibenarkan meskipun ketika tempoh PKPB berlangsung.

Sekiranya kerajaan berpuas hati dengan garis panduan disediakan, juga tahap kerjasama dan keprihatinan rakyat secara umumnya sepanjang PKPB, disamping mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga perlu memberikan kebenaran untuk membuka semula semua rumah ibadat ni negara ini. Garis panduan yang telah diluluskan oleh kerajaan perlu dipertimbangkan oleh pihak berkuasa yang berada di setiap negeri.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...