Gareth Huntley, Warga British Hilang Di Pulau Tioman Sejak Selasa

Trending

Gareth Huntley, Warga British Hilang Di Pulau Tioman Sejak Selasa

Gareth David Huntley, seorang warga British berusia 34 tahun telah hilang sejak 27 Mei 2014 di Pulau Tioman di Malaysia.

Pada waktu tengahari Selasa lepas, Gareth berjalan ke air terjun di tengah hutan seorang diri, dalam perjalanan yang sepatutnya mengambil masa dua jam, sejam pergi, sejam balik. Dia mempunyai rancangan sendiri lewat petang itu jadi kepulangannya dinantikan. Bagaimanapun, Gareth langsung tidak pulang ke Juara Turtle Sanctuary di mana dia tinggal dan melakukan kerja sukarelawan.

Advertisement

Laporan polis telah dibuat. Pihak polis dan kedutaaan UK telah bekerjasama untuk menjalankan carian. Walaupun orang tempatan dan pengembara telah membantu mencari Gareth di hutan dengan memanggil namanya, Gareth masih tidak dapat dikesan.

Berita kehilangan Gareth mendapat liputan meluas media di UK.

Setakat hari ini usaha pencarian Gareth masih dijalankan dan ibu bapanya turut serta dalam misi pencarian. Ahli keluarga dan teman Gareth mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang terlibat dalam pencarian beliau.

Bersama doakan agar Gareth ditemui tidak lama lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...