Gardenia Malaysia Tingkatkan Pengeluaran Kepada 2.2 Juta Buku Roti Sehari

Trending

Gardenia Malaysia Tingkatkan Pengeluaran Kepada 2.2 Juta Buku Roti Sehari

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kita sering mendengar keluhan rakyat Malaysia tentang bekalan roti buku yang tidak mencukupi di kedai-kedai. Sehingga terdapat satu video yang tular menunjukkan Roti Gardenia habis terjual sebelum disusun di rak.

Hal ini terjadi kerana ramai daripada rakyat di Malaysia bertindak memborong roti tersebut tanpa meninggalkan kepada orang lain.

Advertisement

Baca: (Video) Roti Buku Gardenia Habis Terjual Sebelum Sempat Disusun Di Rak

Oleh kerana tidak mahu membiarkan rakyat Malaysia terus bersedih kerana tidak dapat makan roti buku di rumah, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran roti sebanyak 2.2 juta buku sehari menerusi lima kilang yang beroperasi selama 24 jam.

Menurut Pengurus Besar Kanan, Desmond Tan, pengeluaran itu adalah merupakan penambahan sebanyak 5% daripada jumlah pengeluaran sebelum pelaksanaan PKP.

Dikatakan bekalan ini dapat menampung sebanyak 60% permintaan di kawasan semenanjung.Gambar Hiasan

Desmond Tan berkata, pihak mereka akan sentiasa mengikut piawaian yang telah ditetapkan termasuk aspek kebersihan, penghantaran dan pengurusan roti yang telah tamat tempoh seperti biasa.

Difahamkan sebelum ini, Gardenia Malaysia dikatakan telah mengeluarkan roti tersebut sebanyak 840,000 buku sehari, dan 2.2 juta pengeluaran sehari itu pula adalah kombinasi untuk kesemua jenis roti termasuk roti putih, roti wholemeal, cream rolls, buns dan twiggies.

Tambahan lagi, masyarakat dinasihatkan supaya membuat pembelian secara sederhana, supaya bekalan roti buku tidak terputus. 2.2 Juta roti adalah satu jumlah yang sangat besar, jika ada yang memborong roti dengan kuantiti yang banyak satu pembaziran akan berlaku, kerana roti buku tidak dapat bertahan dalam waktu yang lama.

Baca: Pengeluaran Roti Gardenia Sudah Sampai Tahap Maksima Akui Tidak Dapat Tambah Bekalan Di Pasaran Lagi

Harap-harap dapatlah kita semua merasa roti sepanjang PKP ni.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...