Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Gara-Gara Watak Syaitan, Nama Jaafar Onn Kembali Popular

Pelakon senior, Jaafar Onn kini semakin popular setelah membintangi filem 18 Puasa di Kampong Pisang arahan Mamat Khalid.

Ini berikutan watak syaitanyang dibawa Jaafar Onn dalam filem tersebut mula menjadi bualan penonton dan difahamkan turut mendapat pujian daripada seorang ustaz di Mersing, Johor.

Advertisement
Jaafar OnnSumber : Google  

Jaafar Onn yang juga mesra disapa sebagai Papa Jo telah membawa watak Tyson 2, merupakan syaitan yang berada dalam neraka dalam sebuah babak filem terbabit.

Meskipun terdapat segelintir agamawan yang tampil mengkritik kerana menampilkan gambaran di neraka serta watak syaitan, namun Jaafar Onn menganggap filem ini bagus kerana boleh memberi kesedaran kepada umat Islam supaya berpuasa dan tidak melakukan perkara yang berdosa dan tidak elok.

Jaafar Onn 18 puasaSumber : Astro Gempak  

Tidak berkecil hati meskipun ditawarkan watak sebagai syaitan, Jaafar Onn menjelaskan karakter tersebut merupakan ideanya sendiri dan bukan disuruh oleh Mamat Khalid.

“Mamat (pengarah Mamat Khalid) pula suka dan sebaik habis babak dia ketawa. Hubungan saya dengan Mamat tidaklah rapat tapi dia hubungi saya dan panggil idolaku. Saya pula nak ucap terima kasih kepada dia kerana bagi peluang untuk saya berlakon. Memang saya dah lama tak berlakon sama ada filem atau drama..”

Mengakui dirinya kini menerima apa-apa sahaja jemputan lakonan dan persembahan, Jaafar Onn berkata dia tidak pernah kata ‘tidak’ atau menolak setiap tawaran yang diterimanya.

 

View this post on Instagram

A post shared by Mamat Khalid (@khalidmamat)

Ketika ditanyakan mengenai namanya yang kini ‘trending’ di media sosial gara-gara watak itu, Jaafar Onn yang mula terkenal setelah membintangi drama kanak-kanak Cili Api pada suatu ketika dahulu ini menjelaskan bahawa dia tidak menyangka perkara tersebut terjadi.

“Semua orang kata saya ‘trending’. Saya terfikir apa yang ‘trending’. Rupanya sekarang ramai kanak-kanak sudah kenal saya semula dan nak bergambar. Mereka pun turut panggil saya dengan nama abang J. Apa yang mudanya. Saya sudah 70 tahun dipanggil dengan nama ini lagi.”

Selain Jaafar Onn, filem 18 Puasa Di Kampong Pisang turut dibintangi pelakon hebat seperti Bell Ngasri, Aziz M Osman, Nam Ron dan ramai lagi.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Smartbird

    April 28, 2021 at 11:44 pm

    Yeah Abg J is back! Saya akan lebih berminat utk menonton filem ini kerana anda dan akan memukul canang pada kawan2 yg juga merindukan lakonan dan gelagat abang.

Leave a Reply to Smartbird Cancel reply

Loading...
To Top