Gara-Gara Wabak Covid-19, Aeril Zafrel Kerugian RM150,000

Hiburan

Gara-Gara Wabak Covid-19, Aeril Zafrel Kerugian RM150,000

Wabak COVID-19 semakin mengganas hampir ke seluruh dunia, susulan penularan virus yang sudah meragut nyawa puluhan ribu manusia itu, Aeril Zafrel berdepan kerugian hampir RM150,000 apabila tempahan percutian ke Eropah bersama isterinya, Wawa Zainal terpaksa dibatalkan.

aeril zafrel rugi rm150,000

Advertisement

Menurut Aeril, mereka sepatutnya berlepas pada Ahad lalu tetapi pihak agensi pelancongan memaklumkan tiket penerbangan tidak dapat ditunda ke tarikh lain dan mereka juga tidak boleh mendapat pulangan wang jika membatalkan perjalanan tersebut.

Tidak penerbangan tak boleh ditunda dan wang tempahan boleh dikatakan ‘hangus’. Bagaimanapun, saya sudah menghantar wakil untuk berjumpa dengan pihak agensi supaya ada jalan penyelesaian terbaik memandangkan musibah ini berlaku hampir di seluruh dunia.

aeril zafrel rugi rm150,000

Kalau mengikut kata agensi, wang itu bakal ‘hangus’ tapi saya tetap berharap ada berita baik yang bakal disampaikan.

Difahamkan, pasangan selebriti itu dan beberapa rakan mereka akan ke United Kingdom, Perancis, Jerman, Switzerland dan Belgium. Bagaimanapun, kerana kemudaratan virus ini yang mengancam nyawa, Aeril berkata dia tidak mahu mengambil risiko dan memilih untuk membatalkan percutian itu.

aeril zafrel rugi rm150,000

Saya tidak mahu ambil risiko. Tambahan pula Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengklasifikasikan Covid-19 sebagai pandemik. Ia turut memberi amaran penularan global wabak itu amat membimbangkan. Jadi kami ambil keputusan untuk tidak pergi.

Tidak dinafikan jumlah  RM150,000 adalah besar tetapi apa yang penting sekarang adalah nyawa dan kesihatan sendiri. Tangguhlah dulu apa sahaja aktiviti dan rakyat Malaysia juga janganlah taksub dengan tawaran pakej penerbangan yang murah.Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada mengubati.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...