Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita bercakap dalam loghat utara namun gaya percakapannya itu menggunakan banyak bahasa kesat.
Sehubungan dengan itu, pengacara dan juga personaliti TV, Fedtri Yahya tampil menepis dakwaan sesetengah netizen yang beranggapan wanita dari negeri Kedah suka membebel dan bercakap perkara yang tidak senonoh.
Menurut pengacara yang terkenal dengan lenggok bahasanya yang indah ini, dia mempunyai ramai kenalan dari negeri utara namun baginya, rakan-rakannya itu masih menjaga adab dan tinggi budi bahasa.
Dia dilhat menulis ciapan tersebut di ruangan twitter miliknya, semalam.
Aku kenai ramai ja pompuan Kedah. Elok ja. Tengok keimanan orang jugaklah. Bukan kategori cakap satu ayat penuh babi anak haram semua. Jenis ni tak tau nak habaq lagu mana https://t.co/MwMvRRyYrU
— Fedtri Yahya?? (@fedtriyahya) September 14, 2020
“Aku kenai ramai ja pompuan Kedah. Elok ja. Tengok keimanan orang jugaklah. Bukan kategori cakap satu ayat penuh ba*i anak h*ram semua. Jenis ni tak tau nak habaq lagu mana,”
Sebelum ini, wanita terbabit telah mendakwa dirinya telah dihalau oleh sebuah pemilik restoran asam pedas popular di Melaka selepas melakukan siaran langsung untuk membuat ulasan sebuah produk. Video tersebut telah menjadi tular di media sosial twitter dan facebook dan telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.