Gara-Gara Terjatuh Bilik Air, Ibu Aril Pilus Cedera, Terima Lima Jahitan

Hiburan

Gara-Gara Terjatuh Bilik Air, Ibu Aril Pilus Cedera, Terima Lima Jahitan

Ibu kepada penyanyi dan pengacara, Aril Pilus cedera selepas terjatuh di rumahnya di Jasin, Melaka, awal pagi kelmarin.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam bin Pilus memaklumkan ibunya, Normah Abdullah mengalami luka di bawah mata dan menerima lima jahitan.

Advertisement

Menurut Aril, 36, dia telah dihubungi kakaknya kira-kira jam 2 pagi memaklumkan ibunya terjatuh di dapur dan mengalami kecederaan di bahagian bawah mata seperti ada kesan koyak dan telah dibawa ke Hospital Jasin untuk dirawat.

Selepas jatuh dan cedera, emak mengalami muntah-muntah. Dia kemudiannya dibawa ke Hospital Jasin.

Penyanyi lagu Emosi itu berkata bahagian luka di bawah mata itu dijahit dengan lima jahitan dan ibunya sudah dibenarkan pulang tetapi masih mengalami pening dan matanya juga tak dapat dibuka seperti biasa.

Emak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sekali lagi. Disebabkan emak ada diabetes, dia perlu menjalani pemeriksaan untuk pastikan keadaan matanya baik.

Aril Pilus

Insya-Allah, terima kasih atas doa dan sokongan moral anda semua. Semoga anda semua sentiasa dalam lindungan Allah.

Terdahulu, Aril juga turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan keadaan ibunya yang terbaring di atas katil sebuah hospital menerusi InstaStory.

Aril Pilus
3 years ago

Gian Nak Makan Di Luar, Aril Pilus Kongsi Tips Berguna Buat Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...