Gara-Gara Tegur Pemandu Bawa Laju, Lelaki Diserang 8 Individu Dengan Kayu & Topi

Trending

Gara-Gara Tegur Pemandu Bawa Laju, Lelaki Diserang 8 Individu Dengan Kayu & Topi

Niat murni seorang lelaki menegur sekumpulan lapan individu memandu laju di kawasan perumahan berakhir dengan serangan menggunakan kayu dan topi keledar berhampiran Jalan Sungai Jati

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, kesemua suspek juga bertindak membaling batu dan botol kaca ke dalam rumah mangsa berusia 37 tahun.

Insiden itu tular menerusi video berdurasi 59 saat memaparkan detik-detik kejadian.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati apabila adik kepada mangsa menegur suspek memandu laju yang boleh menyebabkan sebarang kejadian tidak diingini di kawasan perumahan itu.

Katanya, susulan kejadian mangsa cedera di bahagian kaki kiri manakala adiknya di bahagian muka.

“Bertindak hasil maklumat, polis berjaya memberkas lima individu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah ini dan tiga lagi di lokasi kejadian”

Difahamkan, dua daripada suspek yang ditahan adalah adik-beradik dengan kesemuanya berusia 20 hingga 30 tahun.

Turut dirampas ketika itu adalah sebuah bagi motosikal jenis dan kereta selain dua topi keledar.

Hasil semakan rekod juga mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk seorang daripadanya terlibat 13 kes jenayah sebelum ini.

“Mereka kini direman selama dua hingga tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Hanya kerana satu teguran mesra, dibalas dengan ego menggunung ya. Semoga insiden ini dapat memberi iktibar buat semua.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...