Gara-Gara Tegur Pasir Longgok Halang Laluan, Wanita Dakwa Dipukul Jiran

Trending

Gara-Gara Tegur Pasir Longgok Halang Laluan, Wanita Dakwa Dipukul Jiran

Sudah menjadi adab berjiran, seseorang hendaklah saling hormat menghormati dan bertimbang rasa. Janganlah pula mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri dengan mengabaikan keselesaan orang lain.

Seperti kisah viral di Facebook ini, seorang wanita mendakwa kakaknya dibelasah jiran selepas menegur pasir yang dilonggokkan di atas jalan. Dakwanya, pasir tersebut telah menghalang laluan orang ramai.

Advertisement

Dakwa dipukul jiran

Sebab menegur saja muka dan badan jadi bahan. Cerita dia Cek Wanie nak bawak mak cuci darah (dealisis) tiba penuh timbunan pasir depan laluan nak masuk ke rumah. Mak dan kak pun p lah tegur letak lah tepi-tepi bagi mudah orang nak lalu keluar masuk. Uih dibalingnya senduk si kakak pun balinglah balik. Tiba-tiba diangkat skop pulak nak dikatok dia pun apa lagi tepis la nak pertahankan diri. Tak sedar pun makcik tu luka di tangan (atas perbuatan sendiri) ye bukan sebab kena pukul dengan Cek Wanie.

Menurut individu ini lagi, teguran yang dibuat telah menyebabkan pertengkaran berlaku.

‘Dikata mak saya ni pura-pura’

Okay habis di situ dia pun keluarlah hantar mak dan balik ke rumah. Mak saya memang tak boleh nak jalan sempurna takkan nak kena panjat pasir tu. Dan dikata mak saya ni pura-pura sakit tak boleh jalan sedangkan mak saya ada kad #oku. Okay tak mau dipanjangkan cerita kakak tak mau buat report ingat nak beralah sebab benda kecil saja. Tiba dia diumah dengan anak-anak mai serombongan ramai-ramai makcik tadi dengan anak beranak dia 7 petala langit mai hentam si kakak ni sampai di luar rumah. Laki bini dengan and the geng depa semua pakat pukul dia. Kebetulan kakak sorg ja..tak habis di situ depa p buat report kata kakak pulak pukul mak depa dengan pukul depa.

Dakwanya, ibu turut dituduh berpura-pura sakit sedangkan ibunya memegang kad orang kurang upaya. Kakaknya juga didakwa telah diserang beramai-ramai ketika berada di rumah.

Cerita dia pelik kakak ni sorang ja depa ramai sapa yang nak buleh menang? Sapa yang nak kena? Jadi di sini salah siapa? Tak boleh ka mak dan kakak sebagai jiran nak tegur. Boleh bagi penjelasan tak selayaknya si kakak saya ni kena tidoq lokap. Kes ni bukan sekali dua jadi dah banyak kali.

Kisah ini telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata menasihatinya agar membuat laporan polis dengan mengemukakan bukti yang ada. Semoga keadilan diberikan kepada pihak yang benar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...