Gara-Gara Tak ‘Naik’, Kemaluan Lelaki Pakistan Dipotong

Trending

Gara-Gara Tak ‘Naik’, Kemaluan Lelaki Pakistan Dipotong

Di Klang, Selangor, seorang lelaki warga Pakistan berdepan detik hitam apabila kemaluannya dipotong sekumpulan lelaki tidak dikenali.

Menceritakan insiden kepada Malaysiakini, rakan mangsa, Rizwan Ahmad memberitahu, mangsa ketika itu duduk berseorangan berhampiran Masjid Alam Impian sebelum didatangi empat orang lelaki.

Advertisement
Sekadar gambar hiasan

Lelaki tersebut bertanyakan beberapa soalan kepada mangsa termasuklah mengenai status perkahwinan dan hubungan seksual ketika berada di Malaysia.

Menjawab kepada pertanyaan itu, mangsa memberitahu dia telah berkahwin di Pakistan dan tidak pernah berhubungan seks ketika berada di sini.

“Lepas tu dia (salah seorang daripada suspek) kata buka baju, seluar. Lepas tu 10 kali naik turun, duduk bawah, naik (ketuk ketampi).

Lepas dah 10 kali (ketuk ketampi), dia (kawan saya) naikkan seluar. India tu cakap saya tak ada cakap you (kena) naikkan seluar. Kenapa you naikkan seluar?”

Apa yang mengejutkan apabila suspek mahu memotong kemaluan mangsa ekoran mangsa pada ketika itu tidak boleh berereksi. Suspek menganggap kemaluan mangsa sudah tidak berguna lagi.

Sekadar gambar hiasan

“Dia (mangsa) cakap jangan potong (kemaluan). Kaki saya boleh potong, tangan boleh potong.”

Kata Rizwan lagi, selepas kemaluan mangsa dipotong, suspek terus melarikan diri.

Ketika ditanya mengenai kemaluan yang dicampak, Rizwan memberitahu tidak dapat dijumpai walaupun sudah dicari.

“Tak ada jumpa. Kita ramai pergi cari, polis pun ada sampai sana, polis pun ada tolong cari tapi tak dapat lagi.”

Susulan itu, mangsa segera menghubungi rakan sebelum dihantar menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan kemudian dipindahkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, mangsa tidak dapat melarikan diri kerana suspek mencengkam lengan kiri dan kanannya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat mengesahkan ada menerima laporan kejadian tersebut. Namun setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...