Gara-Gara Tak “Lock” Pintu Kereta Ketika Tunggu Suami Ke Bank, Wanita Ini Hampir Dilarikan Lelaki Yang Tak Dikenali

Trending

Gara-Gara Tak “Lock” Pintu Kereta Ketika Tunggu Suami Ke Bank, Wanita Ini Hampir Dilarikan Lelaki Yang Tak Dikenali

Seorang wanita bernama Nabila Huda Mohamad telah menceritakan saat detik cemas yang melanda dirinya semalam apabila dia mendakwa hampir dilarikan oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di dalam kereta.

Advertisement

Menurut kenyataan beliau, kejadian yang berlaku itu menyebabkan dia kini masih dalam keadaan trauma. Ketika kejadian, dia dikatakan sedang menunggu suaminya yang masuk ke dalam bank di dalam kereta namun pintu itu tidak dikunci.

Peristiwa petang tadi, pengajaran dan peringatan buat semua, pastikan lock kereta walaupun sekejap mana pun meninggalkan kereta…lagi-lagi dengan keadaan enjin hidup, saya masih trauma dengan peristiwa di mana saya hampir dilarikan oleh orang yang tak dikenali.

Allah masih sayangkan saya di mana saya sempat menjerit pangil husband yang berada di dalam bank, tragis sikit la sebab ada adegan terseret di pintu sebab nak rampas kunci.

Alhamdulillah, kuasa jeritan bekas koperal kadet polis ni dapat tarik perhatian orang ramai untuk tolong, penjenayah berjaya ditahan, skali dengan kereta pun kena tinggal di balai…huhu…sekarang still trauma dengan lebam-lebam di badan yang confirm tak daapt tidur la malam ni…

Husband lebam teruk kat tangan atas usaha nak lunyaikan penjenayah..tak pernah tengok husband mengamok sedemikian rupa…ingat ya semua! Dulu saya selalu baca kes-kes mcm ni kt fb…sekarang saya alami sendiri…beringat sebelum kena.

Sumber : Nabila Huda Mohamad.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...