Gara-Gara Suntingan ‘Artificial Intelligence’, Malique Too Phat Tiba-Tiba Jadi Duta Baju Raya

Hiburan

Gara-Gara Suntingan ‘Artificial Intelligence’, Malique Too Phat Tiba-Tiba Jadi Duta Baju Raya

Gara-gara penggunaan teknologi ‘Artificial Intelligence’ (AI), wajah penyanyi rap dan komposer terkenal, Malique menjadi ‘mangsa’.

Malique yang sebelum ini menjadi tumpuan kerana kemunculannya kembali dalam media sosial sekali lagi menjadi sorotan susulan insiden itu.

Advertisement

Rentetan daripada ‘comeback’ tersebut, ada pula yang ‘gatal jari’ menggunakan foto wajah penyanyi itu dengan menjadikan dia sebagai model baju melayu untuk sebuah jenama tempatan.

Ia sekaligus mengundang pelbagai respon yang rata-ratanya terpedaya dengan janaan imej tersebut.

Ramai yang menzahirkan harapan agar imej tersebut betul-betul menjadi kenyataan sekaligus mengubat hati peminat.

Walaupun sekadar AI, terubat juga rindu peminat dan boleh bayangkan Malique berbaju Melayu.

Malique, salah seorang anggota kumpulan rap Too Phat sememangnya dikenali sebagai seorang yang tidak gemar menonjolkan diri dan lebih memilih untuk terlibat dalam dunia seni sebagai komposer dan pencipta lagu.

Meskipun hanya di sebalik tabir, nama Malique sering menjadi sorotan dan terus menjadi dambaan peminat muzik khususnya genre hip hop dan rap.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sharifah shahirah masuk era isnin depan
3 days ago

Sharifah Shahirah Masuk Konti 3 Pagi Era Isnin Depan, Bergandingan Bersama Haziq & Namie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...