Gara-Gara Sukarelawan Mogok, Keluarga Kebumi Sendiri Jenazah Covid-19

COVID-19

Gara-Gara Sukarelawan Mogok, Keluarga Kebumi Sendiri Jenazah Covid-19

Tular di Jakarta mengenai satu keluarga yang terpaksa mengusung jenazah ahli keluarganya sendiri yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Detik cemas menguruskan pengebumian itu turut dikaitkan  dengan sukarelawan yang mogok. Lapor Detik.com, situasi menjadi semakin kelam-kabut kerana mereka terpaksa menguruskan jenazah itu sendiri.

Advertisement

“Ketika mahu dibawa dengan ambulans, urusan itu mengambil masa yang lama”

Perkara itu menimbulkan masalah untuk mengusung jenazah itu. Kata seorang dari abang pesakit, Dede, 60.

Tambahnya, pihak mereka sudah bertanya berkenaan sukarelawan yang ada untuk membantu mereka, namun kesal kerana pihak hospital tidak mempunyai sukarelawan ketika itu.
“Selepas mengetahui di sini tidak ada yang mengusung jenazah adik, saya bertanyakan hospital ada sukarelawan atau tidak? Mereka maklumkan tidak ada,”

Tanpa memikirkan risiko yang bakal dtanggung, Dede kemudian mengambil tindakan untuk mengebumikan jenazah adiknya sendiri dengan hanya dibantu pemandu ambulans dan kakitangan hospital.

Sumber : Metro

Gambar Hiasan

Pun begitu, Dede bernasib baik kerana ahli keluarganya tinggal berdekatan dan mahu membantu.

Ketika kejadian, abang kepada jenazah Covid-19 itu turut meluahkan rasa keliru kerana mereka tidak mempunyai pakaian perlidungan diri (PPE) yang sesuai.

“Tapi kita keliru kerana tidak ada pakaian perlindungan diri (PPE) seperti di rumah sakit. Saya juga tidak tahu bagaimana hendak buat,” katanya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...