Masyarakat yang beragama Islam pasti tahu tentang kejadian seperti histeria yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus.
Selalunya ia berlaku di lokasi seperti asrama kolej mahu pun sekolah namun meskipun gangguan entiti sering dikaitkan dengan waktu malam namun kejadian yang berlaku di kilang ini sememangnya menyeramkan.
Difahamkan, sebuah kilang fabrik telah dikejutkan dengan kejadian histeria ‘berantai’ yang melibatkan ratusan orang pekerja pada 6 Julai antara jam 10-11 pagi.
Insiden itu bermula apabila seorang pekerja perempuan yang belum sarapan pengsan dan tiba-tiba seperti dirasuk.
Gangguan itu serta merta merebak kepada lebih ramai pekerja kilang yang kemudian turut dirasuk seorang demi seorang.
Kira-kira 100 orang mengalami histeria serentak dan rakan kerja yang lain dikatakan perlu membawa mereka ini keluar dari kilang.
Ramai berlari-lari panik melihat kawan mereka histeria. Ada yang terus menari, ada yang bertutur dalam Bahasa Sunda dan berkata, mahu kepala…mahu kepala…”
Masa menjangkau ke 2 petang dan ketika itu masih ada yang teriak dan ketawa akibat dirasuk sehingga mereka perlu meminta bantuan polis serta pasukan medik termasuklah perawat tradisional.
Kekecohan yang berlaku di kilang terletak di Majalengka, Indonesia itu akhirnya reda selepas 4 jam. Mengejutkan, punca gangguan tersebut dikatakan kerana seorang pekerja membuang tuala wanita yang tidak dicuci bersih.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.