Gara-Gara Sebut “Bom” Dalam Pesawat, Penerbangan Tergendala

Trending

Gara-Gara Sebut “Bom” Dalam Pesawat, Penerbangan Tergendala

Pesawat AirAsia bagi penerbangan ke Banda Acheh yang dijadualkan berlepas pada 7.45 pagi tadi dari Klia2 terpaksa ditangguhkan susulan menerima ancaman bom dalam pesawat.

Advertisement

Astro Awani melaporkan, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan pengendali penerbangan, AirAsia mengesahkan mereka menerima ancaman bom dalam pesawat di Klia2.

Difahamkan semua penumpang diarahkan meninggalkan pesawat buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada pemeriksaan keselamatan ke atas semua penumpang dijalankan.

Sementara itu, AirAsia mengesahkan penangguhan penerbangan pesawat AK423 berikutan berlaku gangguan keselamatan oleh penumpang dalam penerbangan.

“Oleh itu, Malaysia Airports kini bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan semua pihak berkuasa, dan situasi sedang ditangani mengikut prosedur operasi standard (SOP). Setakat ini, operasi penerbangan bagi pesawat lain tidak terjejas,” kata MAHB dalam satu kenyataan.

AirAsia Berhad dalam kenyataannya berkata langkah keselamatan diambil mengikut prosedur standard operasi bagi berhadapan situasi seperti ini.

“Carian bom dijalankan dan pesawat itu diisytiharkan selamat. Semua penumpang dalam pesawat dalam keadaan selamat dan penumpang yang menimbulkan gangguan ditahan bagi siasatan lanjut,” kata kenyataan itu.

Pada 21 Julai lalu, gurauan seorang lelaki yang mengatakan terdapat ‘bom’ di dalam kotak yang dibawanya ketika mendaftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching mengakibatkan tiga penerbangan terpaksa dijadual semula.

Siasatan mendapati kotak yang didakwa mengandungi ‘bom’ itu sebenarnya mengandungi kek lapis Sarawak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...