Gara-Gara Salah Faham, Remaja OKU Ditampar AJK Masjid Sebanyak Tiga Kali

Trending

Gara-Gara Salah Faham, Remaja OKU Ditampar AJK Masjid Sebanyak Tiga Kali

Tular satu video menunjukkan seorang remaja lelaki berkopiah ditampar lelaki yang lebih dewasa daripadanya di sebuah masjid di Desa Jaya Kepong, Gombak.

oku

Advertisement

Namun, kejadian yang berlaku itu dikatakan hanya salah faham. Salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) masjid tersebut menyangka remaja berkenaan mahu mencuri wang tabung masjid.

Kejadian berlaku pada 8.30 malam 10 Februari lalu, namun video kejadian itu mula tular sejak semalam.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 38 tahun membuat laporan polis pada 14 Februari mendakwa adiknya seorang lelaki yang mempunyai masalah lembam (OKU) ditampar sebanyak tiga kali oleh AJK masjid berkenaan.

oku

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof, mangsa yang berusia 18 tahun sebenarnya diarahkan individu lain yang juga seorang AJK masjid sama untuk mengambil wang berkenaan, namun berlaku salah faham.

Katanya lagi, punca kejadian akibat salah faham yang mana suspek menyangka mangsa mengeluarkan wang tabung masjid tanpa kebenaran.

“Mangsa dibawa ke Hospital Selayang oleh pegawai penyiasat (IO) kes untuk rawatan dan menurut doktor yang merawat mangsa, dia tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal,” ujarnya.

Menurut beliau, siasatan mengenai kejadian ini masih dijalankan dan ia disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sumber Berita: Harian Metro Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...