Bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini, pasangan sejoli Ernie Zakri dan Syamel nampaknya semakin pening memilih tarikh serta lokasi perkahwinan mereka gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang bermula pada esok hari (Rabu).
Ernie memberitahu bahawa banyak perkara perlu dipertimbangkan terutama dari segi bilangan jemputan agar majlis dapat mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Mengakui kali ini dia dan Syamel mengambil masa yang agak lama dalam membuat sesuatu keputusan mengenai perkahwinan mereka namun pasangan ini menyasarkan bahawa akan melangsungkan perkahwinan selepas sahaja Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) selesai kelak.
View this post on Instagram
“Apa yang saya boleh katakan dan dikongsi buat ketika ini ialah majlis pernikahan saya dan Syamel akan diadakan selepas selesai AJL nanti. InsyaAllah, kami akan langsungkan perkahwinan.Jemputan pun nak kena susun betul-betul..siapa yang kami akan jemput. Jadi apabila dah betul-betul buat keputusan pemilihan tarikh, InsyaAllah kami tak rahsiakan dan akan berkongsi kepada semua orang.”
Ernie ditemui rakan media bersama artis finalis AJL35 dalam sesi ramah mesra dan temubual yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam baru-baru ini.
View this post on Instagram
Maklumat tambahan, produksi AJL35 tahun ini telah mengumumkan penangguhan acara nyanyia berprestij itu yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari nanti susulan perlaksanan PKP bermula 13 hingga 26 Januari ini.
Sekadar info, penyanyi lagu Ku Bersuara itu telah mengikat tali pertunangan bersama rakan duetnya, Syamel pada 16 Ogos tahun lalu di kediamannya yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.