Selepas anak lelakinya yang berusia enam tahun bertindak menelan duit syiling selepas cuba meniru video aksi ‘trick’ yang ditonton di YouTube, Dr Erin yang juga bekas isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan khabarnya cemas.
Menurut Erin, anaknya itu menelan duit syiling bernilai 50 sen.
“Tengok YouTube telan duit syiling boleh keluarkan balik, depa pun cuba telan, lepas tu tak boleh keluar balik. Haa, jem..tak ada penyakit cari penyakit.”
Menerusi posting tersebut, Erin dilihat tampil memuat naik paparan laporan x-ray yang menunjukkan kedudukan wang tersebut dalam tubuh anaknya.
Bagaimanapun, anaknya itu difahamkan sudah diberi ubat bagi membolehkan duit syiling tersebut dikeluarkan menerusi proses pembuangan najis.
Untuk rekod, Erin mempunyai lapan orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Malah sebelum ini, nama Erin pernah mendapat perhatian umum selepas dirinya bertindak berkahwin dengan Da’i Farhan di Makkah secara senyap, sebelum mendakwa diceraikan pada April lalu. Namun begitu, beliau tidak dikurniakan cahaya mata menerusi perkahwinan kali ketiganya itu.
Sumber: Gempak

Anonymous
October 16, 2020 at 12:31 pm
Dr Love kawin cerai
Anonymous
October 16, 2020 at 10:50 am
betul tu…xpayah nak mention dia tu Dr
Farah Hamdan
October 15, 2020 at 5:02 pm
Please lah stop using DR dekat dia ni. Dia ni bukan Dr. Korang ni macam mana jadi wartawan tak check fakta
Armadan Hamdan
October 15, 2020 at 7:10 pm
BETUL..