Gara-Gara Pandemik COVID-19, Juruterbang British Airways Tukar Kerjaya Berkhidmat Sebagai Pemandu

COVID-19

Gara-Gara Pandemik COVID-19, Juruterbang British Airways Tukar Kerjaya Berkhidmat Sebagai Pemandu

Kesan daripada pandemik COVID-19 menyebabkan ramai yang terjejas terutamanya mereka yang bekerja di bahagian syarikat penerbangan. Amerika Syarikat kini dilaporkan mengalami kadar pengangguran yang tinggi akibat pandemik ini sehingga jutaan rakyat mereka terpaksa memohon faedah pengangguran.

Baca: COVID-19: Lebih 16 Juta Rakyat AS Mohon Faedah Pengangguran Dalam Tempoh 3 Minggu Ini

Advertisement

Seorang juruterbang British Airways yang digantung penerbangannya kini menukar kerjayanya kepada ‘runner’ bagi meneruskan kehidupannya. Lebih menyedihkan, Peter Login baru sahaja berkhidmat selama empat bulan untuk syarikat penerbangan itu. Kini, dia berkhidmat sebagai pemandu penghantaran makanan untuk Tesco bagi meneruskan kehidupannya.

Menjadi pemandu

juruterbang british airways

British Airways telah menggantung semua penerbangan di Gatwick dan memotong separuh daripada perkhidmatan mereka di Heathrow. Keadaan ini menyebabkan para juruterbang terpaksa menerima potongan gaji sebanyak 50% selama tiga bulan dan diminta mengambil cuti tanpa gaji selama dua minggu pada April dan Mei ini.

Walaupun terkesan dengan pandemik ini, Peter sanggup menukar kerjaya daripada pemandu Boeing 747 kepada pemandu van jenis Mercedes Sprinter dengan tujuan membantu menghantar makanan kepada warga Britain. Tindakannya ini mendapat pujian daripada warga Britain kerana rela berkhidmat untuk masyarakat di dalam situasi ini.

Peter turut memuatnaik perkongsian di Twitter miliknya yang menunjukkan dia kembali berkhidmat tetapi kali ini dia kembali ke kokpit bersama dengan Tesco. Di ruangan komen, kebanyakan netizen memberikan reaksi yang positif dan menyokong tindakan mulianya itu. Mereka juga turut mendoakan semoga dia dapat segera kembali menerbangkan pesawat tidak lama lagi.

Pernah lalui situasi sama

juruterbang british airways

Ini bukanlah kali pertama dia lalui pengalaman tidak dapat bekerja selama beberapa bulan. Sebelum berkhidmat sebagai juruterbang, dia pernah bekerja di Thomas Cook selama tiga tahun sebelum syarikat penerbangan tersebut dilanda masalah pada September tahun lalu.

Dia kemudiannya telah berpindah dan berkhidmat untuk British Airways selama kira-kira empat bulan sebelum wabak COVID-19 muncul. Kesan daripada pandemik ini telah menyebabkan semua penerbangan British Airways digantung ke seluruh dunia dan membawa kepada penggantungannya untuk sementara.

Artikel berkaitan: Ini Sebab Penting Mengapa Pesawat Perlu Melakukan Penerbangan Di Dalam Tempoh PKP

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...