Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Gara-Gara Nama Panggilan Hampir Sama, Shukri Yahya Kena Tempias Kes Curang Shuk Sahar

Shukri Yahaya

Tiada angin tiada ribut, Instagram pelakon popular, Shukri Yahaya, 32, dihujani kata-kata cacian netizen mengenai isu curang melibatkan pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar yang tular baru-baru ini.

Shukri YahayaSumber : Instagram Shukri Yahaya  

Manakan tidak, hanya kerana nama panggilan yang hampir sama, Shukri Yahaya menerima tempias kontroversi berkenaan apabila ada netizen yang menyangka mereka berdua adalah individu yang sama.

Advertisement

Meninjau ruangan komen di beberapa hantaran gambar pelakon itu di Instagram, ramai pula warga maya yang tersalah anggap antara Shuk Sahar dan Shukri Yahaya menghantar komen berbaur kutukan dan cacian.

Namun, tidak melatah dengan kritikan yang langsung tiada kaitan dengan dirinya itu, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu ada juga dilihat membalas komen netizen dengan nada gurauan.

Komen Shukri YahayaSumber : Instagram Shukri Yahaya  
Komen Shukri YahayaSumber : Instagram Shukri Yahaya  
Instagram Shukri YahayaSumber : Instagram Shukri Yahaya  

Terdahulu, kecoh seketika media sosial tempatan apabila isteri kepada pelawak Shuk Sahar mendedahkan bahawa suaminya itu kembali curang buat kali kedua bersama seorang wanita bernama Fara Salleh. Susulan daripada kes itu, Shuk dilaporkan telah digantung perkhidmatan secara rasmi sebagai penyampai radio di sebuah stesen radio tempatan berkuatkuasa semalam.

SUMBER : Instagram Shukri Yahaya
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. yang bijak tak bodoh

    January 27, 2021 at 10:03 am

    kadang kadang netizen dan bodoh berpisah tiada. nak bergurau pun agak-agak lah. orang lain pun ada hati dah perasaan. netizen dan bodoh bodoh ni, elok lah bodoh sampai ke tua.

  2. Anonymousjugak

    January 27, 2021 at 6:08 am

    Tak tau banding ke rupa org? Jauh….

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama