Gara-Gara Membuli Pesakit Kanser, Kepala Gadis Ini Dibotakkan Ibunya Sebagai Erti Pengajaran

Trending

Gara-Gara Membuli Pesakit Kanser, Kepala Gadis Ini Dibotakkan Ibunya Sebagai Erti Pengajaran

Seorang ibu nekad menghukum anaknya dengan membotakkan rambut anakknya itu kerana berang dengan sikap anaknya yang membuli pesakit kanser, lapor DailyMail.

Advertisement

Video gadis berkenaan sedang menangis sambil dipotong rambut dengan mesin oleh ibunya menjadi viral di laman sosial. Dalam kejadian yang berlaku di Portugal berkenaan menunjukkan seorang wanita berambut perang dengan tenang memotong rambut anaknya sambil bercakap sesuatu.

Rakaman tersebut viral dengan tajuk “Mother shaves daughters hair after she ‘bullies cancer girl” di mana dia dipercayai telah membuli seorang pelajar perempuan penghidap kanser di sekolahnya.

Kerana tindakan ibu berkenaan, ada pengguna sosial yang menyokong kerana ia sebagai pengajaran untuk menghormati orang lain, namun ada juga yang mengatakan ia adalah tindakan keterlaluan dan tidak wajar.

“Ia sebenarnya bermula dari rumah, ibu bapa harus menghentikan penghinaan dengan memuatnaik video denda anak mereka di internet, kata netizen yang tidak setuju.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.