Satu rakaman kamera litar tertutup menjadi tular di media sosial baru-baru ini di mana rakaman itu memperlihatkan majikan sebuah kedai barangan elektronik di Manjo sedang mengasari seorang pekerja wanita.
Video TikTok itu kemudiannya menjadi viral dan mengundang pelbagai resepsi orang ramai.
Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki dipercayai orang atasan premis perniagaan sedang memarahi pekerjanya sebelum menghempas komputer di hadapan.
Dia juga dilihat seperti memaki pekerja berkenaan sebelum berbuat demikian.
Laporan polis difahamkan telah dibuat dan ada juga netizen yang tampil berkongsi pengalaman buruk berurusan dengan kedai tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.