Gara-Gara Lupa Kunci Kereta, Dompet Lesap Dicuri Lelaki Tidak Dikenali – “Tak Sampai 5 Minit Tau Masuk Kedai..”

Kehidupan

Gara-Gara Lupa Kunci Kereta, Dompet Lesap Dicuri Lelaki Tidak Dikenali – “Tak Sampai 5 Minit Tau Masuk Kedai..”

Seperti yang umum diketahui, menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pemilik kenderaan untuk mengunci pintu sebaik sahaja keluar dari kereta, terutamanya apabila berhenti di kawasan awam.

Namun begitu, ada masanya segelintir individu terlupa atau terleka, lebih-lebih lagi jika hanya ingin singgah sebentar untuk membeli barang di kedai berdekatan.

Advertisement

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di TikTok yang memaparkan rakaman CCTV menunjukkan kejadian seorang wanita kehilangan dompet apabila dicuri oleh seorang lelaki semasa dia singgah sebentar di sebuah kedai serbaneka.

Menurut wanita berkenaan, ketika kejadian dia terlupa mengunci pintu kereta dan hanya masuk ke kedai selama beberapa minit.

Tak sampai 5 minit tau masuk 7 Eleven.

Namun, peluang itu diambil oleh seorang lelaki yang dirakam terus membuka pintu keretanya dan mengambil dompet yang ditinggalkan di dalam kenderaan tersebut.

lelaki curi dompet

Dia turut memberitahu antara barang yang ada di dalam dompet itu adalah kad bank, kad nikah dan kad pengenalannya.

Atas kecuaiannya itu, dia terpaksa membuat kad pengenalan baru dengan caj yang dikenakan mencecah RM265 selepas diberikan diskaun.

Ic baru je buat, lepas diskaun dari RM310 dapatlah RM265. Harga sebuah kecuaian.

Sejak kejadian itu, wanita tersebut mengakui dia kini lebih berhati-hati dengan tidak lagi meninggalkan barang berharga di tempat terbuka dan akan terus mengunci pintu kereta walaupun hanya keluar sekejap.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menggesa orang ramai terutamanya kaum wanita agar lebih berhati-hati dan menjadikan kunci pintu kereta sebagai amalan wajib setiap kali keluar dari kenderaan.

komen tiktok komen tiktok

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

19 mins ago

"Lain Kali Sewa Kren " - Jurufoto Panjat Bumbung Kereta Sewa di LIMA’25, Pengusaha Beri Teguran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...