Gara-Gara Loya Dan Muntah, Ibu Hamil Dikecam Lembik & Mengada-Ngada.

Trending

Gara-Gara Loya Dan Muntah, Ibu Hamil Dikecam Lembik & Mengada-Ngada.

Saya sedang hamil 8 minggu. Saya alami loya muntah yang sangat teruk. Haritu mertua saya ajak keluar makan, saya cakap tak nak sebab saya betul betul rasa lemah & tak boleh bau makanan. Diorang paksa saya & saya pun ikut.

Advertisement

Masa diorang hidang satay tu, saya betul betul tak mampu nak tahan & termuntah atas meja. Suami saya jerit
“kau ni selfish je.. tak tahu hormat orang.. tak nampak ke orang nak makan”

Sedih saya kak… terkedu kat situ, takde orang pujuk.. adik adik ipar pulak ketawakan saya. Sedih sangat. Saya bukannya nak muntah kat situ tapi tak tahu kenapa saya loya sangat dengan bau bau makanan ni.

Masa tu saya sedih sangat, sedih sebab suami sendiri tak faham saya.

2 hari lepas saya bagi suami saya dengar nasihat Ustaz Don, Doctor Fidak, Bidan dalam video dokumentari 9bulan10hari tu dengan harapan dia faham kesusahan yang saya lalui masa pregnant ni & bukannya mengada ngada.

Alhamdulillah baru suami saya mula faham sikit sikit.

Kalau sebelum ni saya bagi tahu dia tak layan pun.

Paling best suami saya bagitahu familynya yang saya muntah loya sebab pembawakan anak & semua perlu hormati perasaan saya. Fuh.. terus rasa macam disayangi semua. Syukur Ya Allah.

 TIPS ELAKKAN MORNING SICKNESS =)

1. Jangan tinggal breakfast
2. Makan mengikut masa yang ditetapkan
3. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
4. Minum banyak air masak
5. Makan benda masam @ manis untuk mengelakkan rasa pahit mulut.

Kredit : 9bulan10hari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...