Penyanyi rap dan usahawan, Caprice mengakui dirinya telah rugi sebanyak hampir satu juta ringgit akibat daripada kontroversi dan fitnah yang melandanya sejak beberapa bulan yang lalu.
Melalui perkongsiaanya di aplikasi Telegram, Caprice mendedahkan mengenai produk-produk yang tidak terjual langsung sejak dirinya viral dengan isu-isu yang berlaku.
Sejak viral, semua ni tak boleh jual gais.
View this post on Instagram
Disebabkan itu, beliau terpaksa menangung rugi sebanyak RM958,400 untuk 16,000 kotak produk yang tidak terjual.
Dalam pada itu, dia turut menceritakan tentang pekerjanya sebanyak tiga orang telah pun meninggalkan syarikat Rindu Raudah dalam masa tiga bulan.
Apabila semua tengah best semua tengah senang memang kita enjoy. Dan apabila kita tengah susah ada sesetengah orang yang aan cabut atau hilang dari hidup kita. Itulah kehidupan..
Walau bagaimanapun, Caprice berkata perkara apa yang terjadi sekarang ini tidak akan membuat dirinya berputus asa dan akan terus bangkit demi Rindu Raudah.
Semoga dipermudahkan!
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.