Gara-Gara Komen Mengenai Artis K-Pop, Instagram Iman Troye Hampir Lenyap

Hiburan

Gara-Gara Komen Mengenai Artis K-Pop, Instagram Iman Troye Hampir Lenyap

Hanya kerana meninggalkan komen mengenai seorang selebriti K-Pop di laman Instagram pada sebuah portal hiburan, nama penyanyi Iman Troye tidak semena-mena menjadi bualan peminat artis Korea di media sosial.

Iman atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabuddin,19, dikecam hebat peminat K-Pop selepas kenyataannya telah disalah erti di mana dia mendakwa kebanyakan artis kelahiran negara itu wajib melakukan pembeahan plastik pada wajah mereka.

Advertisement
Komen Iman TroyeSumber : Instagram mstaronline  

“Kau ingat plastic surgery (pembedahan plastik) tak akan tumbuh jerawat ke. Ya Allah..” tulis Iman di hantaran tersebut.

Disebabkan itu, peminat-peminat K-Pop berang dengan kenyataan Iman malah ada yang mengugut serta meninggalkan komen kurang enak terhadap penyanyi lagu Teman itu.

Iman Troye TwitterSumber : Twitter Iman Troye  

“Buat Iman Troye, tunggu je la akaun Instagram awak hilang kejap lagi..” tulis seorang pengguna media sosial.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Iman tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi untaian twit di laman Twitternya bagi menghentikan tuduhan tersebut.

Advertisement

Namun, ada juga peminat yang lebih rasional pemikirannya tampil menyokong Iman dan mengkritik sikap sesetengah netizen yang begitu taksub sehingga tergamak untuk mengugut dan mengecam orang lain secara melampaui batas.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    April 27, 2021 at 9:24 pm

    Bodoh punya peminat..terlalu taksub hingga tunjuk kebodohan..Apa sangat kpop ni..puii

  2. Xxx

    April 27, 2021 at 1:00 pm

    Tah apa2 peminat K-pop ni..taksub X tentu arah

  3. brunes

    April 27, 2021 at 11:46 am

    ketahiyan apa kan ineh

    • Anonymous

      April 27, 2021 at 9:26 pm

      Ingat muka kau orang mcm korea sangat ke..perasaan betul tahap maxima lh peminat kpop mie ni,banggang yg keterlaluan

Loading...