Hanya kerana meninggalkan komen mengenai seorang selebriti K-Pop di laman Instagram pada sebuah portal hiburan, nama penyanyi Iman Troye tidak semena-mena menjadi bualan peminat artis Korea di media sosial.
Iman atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabuddin,19, dikecam hebat peminat K-Pop selepas kenyataannya telah disalah erti di mana dia mendakwa kebanyakan artis kelahiran negara itu wajib melakukan pembeahan plastik pada wajah mereka.
“Kau ingat plastic surgery (pembedahan plastik) tak akan tumbuh jerawat ke. Ya Allah..” tulis Iman di hantaran tersebut.
Disebabkan itu, peminat-peminat K-Pop berang dengan kenyataan Iman malah ada yang mengugut serta meninggalkan komen kurang enak terhadap penyanyi lagu Teman itu.
“Buat Iman Troye, tunggu je la akaun Instagram awak hilang kejap lagi..” tulis seorang pengguna media sosial.
Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Iman tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi untaian twit di laman Twitternya bagi menghentikan tuduhan tersebut.
View this post on Instagram
Namun, ada juga peminat yang lebih rasional pemikirannya tampil menyokong Iman dan mengkritik sikap sesetengah netizen yang begitu taksub sehingga tergamak untuk mengugut dan mengecam orang lain secara melampaui batas.